Monday, August 18, 2008

Konsert Di-Raja Perlis 2008 - Harian Metro

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi RTM1 mengambil inisiatif merakamkan konsert itu khas buat tontonan semua. Ia akan disiarkan menerusi RTM1, esok, jam 9 malam.

Selain penyanyi, konsert ini diserikan lagi dengan penampilan khas dua pemuzik jemputan, Man Kidal dan Rohaslam Hizad Ahmad yang membuat persembahan instrumental.

Lebih menarik apabila penonton dapat menyaksikan kolaborasi artis-artis tanah air dengan seleksi pilihan lagu popular masing-masing dalam menghiburkan penonton sepanjang satu jam setengah siarannya.

Pastinya kemunculan penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura membuatkan penonton terpesona dengan alunan suaranya menyampaikan lagu popularnya, Awan Yang Terpilu, Curiga, Drama, Pasti, Erti Pertemuan dan Kembali.

Bagi peminat setia bintang pop yeh yeh, L. Ramlee yang popular dengan lagu hit Dara Pujaan, terubat rindu mereka dengan kemunculan eksklusifnya di pentas Konsert Diraja Perlis. L.Ramlee akan mendendangkan seleksi lagu popularnya yang suatu masa dahulu menjadi siulan muda-mudi pada zaman kegemilangannya.

Begitu juga kemunculan penyanyi lelaki yang juga juara Bintang RTM 1979, Jamal Abdillah yang akan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu balada dan sentimental yang bisa meruntun emosi pendengar. Antaranya Kekasih Awal dan Akhir, Azura, Takdir Penentu Segala dan Penghujung Rindu.


Rap
KONSERT Di-Raja Perlis di Dewan 2020 Perlis sempena Hari Keputeraan Ke-6 Tuanku Raja Perlis, dijayakan barisan artis popular, Jamal Abdillah, Ning Baizura, Lah VE, Dia Fadilla, L Ramlee, Rey dan Rozaini.

Thursday, August 14, 2008

KONSERT DI-RAJA PERLIS, 17 OGOS 2008 (AHAD), 9.00 MALAM DI RTM1.


Bersempena dengan Hari Keputeraan Ke-6 DYMM Tunku Raja Perlis telah diadakan Konsert Di-Raja Perlis. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi RTM1 telah mengambil inisiatif merakamkan konsert tersebut khas buat tontonan semua rakyat Malaysia. Bertempat di Dewan 2020 Perlis, RTM menjanjikan para penonton akan mendapat kepuasan berhibur dengan konsert ini.
Menariknya, Konsert Di-Raja Perlis bakal menyaksikan kolaborasi artis-artis tanah air dengan seleksi pilihan lagu popular masing-masing dalam menghiburkan penonton sepanjang satu jam setengah siarannya.


Barisan artis popular yang menjayakan konsert ini adalah Jamal Abdillah, Ning Baizura, Lah Ahmad, Dia Fadilla, L.Ramlee, Rey dan Rozaini. Tidak ketinggaln penampilan khas dua pemuzik jemputan, Man Kidal dan juga Rohaslam Hizad Ahmad yang membuat persembahan instrumental.


Penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu merdu lagi popular seperti Awan Yang Terpilu, Dara Pujaan, Senandung Semalam, Gadis Melayu, Kembali.


Pastinya penonton ternanti-nanti kemunculan artis wanita terkenal yang bersuara soprano, Ning Baizura yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Awan Yang Terpilu, Curiga, Drama, Pasti, Erti Pertemuan, Kembali dan banyak lagi. Buat peminat setia Ning Baizura jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan kumpulan ini beraksi.

Bukan itu sahaja, kerinduan para peminat setia bintang pop yeh yeh, L. Ramlee yang popular dengan lagu hit Dara Pujaan bisa terubat dengan kemunculan eksklusifnya di pentas Konsert Diraja Perlis. L.Ramlee akan mendendangkan seleksi lagu popularnya yang suatu masa dahulu menjadi siulan muda-mudi pada zaman kegemilangannya. Namun tidak dikecualikan juga penyanyi lelaki yang merupakan juara Pertandingan Bintang RTM 1979, Jamal Abdillah yang turut akan menghiburkan para penonton.
Jamal Abdillah cukup terkenal dengan lagu berentak balada dan ‘sentimental’ yang bisa meruntun emosi para pendengar lagu-lagu popularnya seperti Kekasih Awal dan Akhir, Azura, Takdir Penentu Segala, Penghujung Rindu dan banyak lagi.

Kepada anda yang ternanti-nanti konsert yang mampu memberikan kepuasan berterusan. Jangan lepaskan peluang menonton Konsert Di-Raja Perlis pada 17 Ogos ini pada jam 9.00 malam menerusi RTM1.


PENULISAN